|
Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang nelayan warga emas dilaporkan hilang sejak semalam, selepas keluar menangkap ikan seorang diri pada jarak 1.5 batu nautika timur laut Kuala Pahang, dekat sini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, berkata mangsa, Mohamed Romlan Abdul Rani, 66, dilaporkan keluar menggunakan bot gentian pada jam 5 pagi semalam.
"Mangsa dilaporkan tidak pulang ke jeti walaupun sepatutnya berbuat demikian pada jam 11 pagi hari sama. Rakan mangsa yang melakukan pencarian juga tidak menemukan sebarang petunjuk keberadaan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, Kamal Ariffin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dan diperluas kepada 43 batu nautika persegi semalam, dengan dibantu bot nelayan tempatan.
Beliau berkata, komuniti maritim juga dinasihat supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan menggunakan peranti Personal Locator Beacon (PLB) ketika melakukan aktiviti di laut. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... e-laut-seorang-diri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|