View: 5264|Reply: 1
|
[Terengganu]
'Kita tak sabotaj Himpunan RXZ Member 5.0', tegas Ketua Polis Terengganu
[Copy link]
|
|
Sebahagian motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan pada Himpunan RXZ Members 5.0 di Ibu Pejabat JPJ Terengganu hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menafikan dakwaan wujud campur tangan dan tekanan daripada pihak atasan termasuk pemimpin politik dalam Operasi Khas Motosikal sempena Himpunan RXZ Member 5.0.
Sebaliknya, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan menegaskan operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan susulan rungutan orang awam terhadap penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya.
Beliau berkata, operasi dilakukan adalah tugas polis dan JPJ dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan bukannya kerana desakan pihak atasan dan politik dalam isu berkenaan.
"Tidak ada (desakan dan tekanan), ini adalah kerana netizen (orang ramai) yang membuat rungutan dan kita membuat pemantauan bersama JPJ dan kita dapati terdapat kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan bukan sahaja kepada penunggang motosikal tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Kita tidak mensabotaj mana-mana program (sebaliknya) kami (Polis Diraja Malaysia) dan lain-lain agensi amat menyokong apa jua program yang boleh memberi impak yang besar terhadap ekonomi dan sosial di Terengganu asalkan tidak melanggar undang-undang.
"Sekiranya mereka melanggar undang-undang, kami sebagai agensi utama akan mengambil tindakan yang sepatutnya secara profesional," katanya.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan pada sidang media berhubung Himpunan RXZ Members 5.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Mazli berkata, sebanyak 185 motosikal dan 205 orang ditahan dalam operasi bersepadu bermula kelmarin hingga 12 tengah malam tadi membabitkan 83 pegawai dan anggota daripada polis dan JPJ Terengganu.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 292 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan pihaknya manakala sebanyak 311 notis dikeluarkan JPJ Terengganu.
"Dianggarkan seramai kira-kira 30,000 peserta menyertai program ini dan menerusi pemeriksaan itu, sebanyak 185 motosikal yang jelas melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
"Selain itu, pemeriksaan ini bukan sahaja kepada motosikal jenis RXZ tetapi pelbagai jenis motosikal yang melanggar peraturan dan spesifikasi motosikal turut ditahan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ua-polis-terengganu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau nampak rambut color ekor kuda, helmet arai, bontot leper , kaki silang atas rxz, tu friska tengah healing atas highway |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|