CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 0

[Johor] Tiga didakwa samun bersenjata

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Tiga sekawan dihadapkan ke mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga pertuduhan samun bersenjata. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini atas tiga pertuduhan samun bersenjata pada Jun lalu.

Tertuduh Mohamad Syafiq Azman, 25, mengaku bersalah, namun dua lagi tertuduh, Jepri Misyadi, 37, dan Christoper Mon Lopez@ Mohd Danial Abdullah, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, V M Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan, ketiga-tiga tertuduh bersama tiga lagi rakan yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga mangsa berbeza bersenjatakan sebilah parang yang boleh mendatangkan kematian.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, Kampung Simpang Kiri Kukup, Pontian pada 6.40 pagi 16 Jun lalu.

Pertuduhan ketiga-tiga lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-samun-bersenjata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037017 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list