CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3454|Reply: 0

[Johor] Farah Nurazira terima anugerah berganda

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode


FARAH Nurazira Rahim menerima Anugerah Pengarah selain menerima Anugerah Khas Industri sempena Konvensyen Politeknik Mersing Johor Ke-11. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI




MERSING: Pernah dianggap sebagai pelajar ulangan semester kerana faktor umurnya yang berbeza tidak mematahkan semangat seorang penuntut Politeknik Mersing Johor (PMJ) di sini untuk muncul sebagai gra­duan cemerlang.

Lebih membanggakan, Farah Nurazira Rahim, 27, penuntut jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) itu menerima Anugerah Pe­ngarah dan Anugerah Khas Industri pada Majlis Konvoke­syen PMJ Ke-11 yang berlangsung di Dewan Permata Marjan, PMJ, di sini semalam.

Farah Nurazira yang berasal dari Kota Tinggi bermula dari Kolej Komuniti dan berjaya meneruskan pengajian ke peringkat diploma di PMJ serta mempunyai perbezaan umur empat tahun dengan rakan-rakan sekelas lain.

Dia yang kini bekerja sebagai ‘Security Analyst’ di sebuah bank di ibu negara berkata, usa­ha kerasnya itu bukan sesuatu yang patut diperlekehkan, ma­lah amat bersyukur kerana mem­buat pilihan tepat me­nyambung pengajian di PMJ.

“Rakan-rakan beranggapan saya pelajar ulang semester ke­rana beza umur. Namun semua itu tidak menjadi halangan bagi saya untuk terus meningkatkan semangat belajar.

“Saya besyukur kini mampu meraih gaji yang lebih tinggi ke­rana majikan menilai kemahiran yang saya miliki,” katanya yang akan menyambung pe­ngajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi penerima Anugerah Pengarah, S. Hariharan, 22, yang berasal dari Segamat pula memiliki kisahnya sendiri dalam mencapai kejayaan.

Walaupun dibesarkan nenek, G. Arayee, 74, tanpa ibu bapa berada di sisi, itu bukan halangan utama graduan Diploma Pengajian Perniagaan itu untuk belajar bersungguh-sungguh.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, ibu ba­pa­nya, S Pusphavathy, 52, dan N. Sagarans, 56, terpaksa me­ninggalkan dia dalam jagaan nenek ketika masih bayi untuk mencari rezeki.

“Saya dijaga dan dibesarkan oleh nenek kerana ibu dan ayah bekerja di Perak dan walaupun berjauhan, mereka tetap jalankan tanggungjawab,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -anugerah-berganda/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.408260 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list