View: 1593|Reply: 0
|
[Perak]
Pengurus projek ditipu lima lelaki, rugi RM381,950
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
TAIPING – Seorang wanita warga tempatan yang juga bekerja sebagai pengurus projek swasta diperdaya dan ditipu secara dalam talian menyebabkan dia kerugian sebanyak RM381,950 di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa telah menerima panggilan dari suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Harban Singh dari sebuah syarikat penghantaran cawangan Alor Setar pada 18 Ogos lalu.
“Suspek telah beritahu mangsa dia mempunyai bungkusan yang di dalamnya mengandungi kad kredit, cip kad pengenalan, kad mesin juruwang automatik (ATM) serta 100 keping wang palsu namun mangsa menafikannya.
“Panggilan mangsa kemudian disambungkan ke suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Faizal yang merupakan pegawai penyiasat bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar dan meminta mangsa membuat laporan polis melalui panggilan,” katanya hari ini.
Menurut Mohd. Yusri, seterusnya mangsa disambungkan pula kepada suspek ketiga berpangkat Inspektor yang memaklumkan mangsa terlibat dengan kesalahan menjual akaun bank peribadi kepada penama yang tidak dikenali dengan nilai RM200,000.
“Bagi meyakinkan mangsa, suspek keempat bergelar dan berpangkat Datuk yang menerangkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas mangsa dan segala akaun bank mangsa akan dibekukan.
“Disebabkan cemas dan takut, mangsa telah memberikan kesemua maklumat lapan akaun banknya termasuk kad kredit miliknya kepada suspek keempat,” katanya.
Tambahnya, tidak cukup dengan itu, suspek kelima yang memperkenalkan diri sebagai Nizam dari unit AMLA Bukit Aman pula meminta maklumat peribadi seperti sallinan slip gaji (empat bulan), salinan e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), salinan geran kereta, gambar kereta, salinan geran tanah, gambar rumah dan gambar barang kemas yang mangsa ada kononnya untuk siasatan.
“Mangsa turut diarahkan oleh suspek kelima untuk membuat pinjaman wang peribadi dan telah membuat pinjaman sebanyak RM100,00 di Bank CIMB dan telah mendapat kelulusan.
“Mangsa telah diarahkan memindahkan wang itu ke dalam dua buah akaun bank yang diberikan iaitu Bank Islam dan Bank HSBC sebanyak RM500,000 bagi satu akaun,” katanya.
Tambahnya, mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya oleh sindiket phone scam setelah mendapati wang di dalam akaun bank miliknya dipindah ke 11 akaun bank berbeza melibatkan 18 transaksi berjumlah keseluruhannya sebanyak RM381,950 bermula dari 18 Ogos hingga 6 September lalu.
Katanya, mangsa telah hadir membuat laporan polis semalam apabila menyedarinya dirinya telah ditipu oleh sindiket dalam talian.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) dan siasatan masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... laki-rugi-rm381950/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|