CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bimbang keselamatan keluarga selepas kehadiran harimau kumbang

[Copy link]
Post time 11-9-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

RUSMAZAITI Kamarulzaman menunjukkan perangkap yang dipasang Jabatan Perhilitan berhampiran rumahnya di Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.



KUALA PILAH: Sebuah keluarga di Kampung Ulu Beting, di sini kini bimbang selepas terlihat kelibat seekor harimau kumbang dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Kampung Beting Ulu di sini minggu lalu.

Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 11 malam dia serta suami, Abdul Mizan Mohd. Haris, 42, berada di dalam rumah dan terdengar bunyi anak anjing.

Menurutnya, apabila dilihat di luar rumah mereka mereka ternampak haiwan berwarna hitam seperti harimau kumbang menarik seekor anak anjing yang berada di bawah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan rumah.

“Kami baling mercun namun harimau kumbang itu tidak terus lari, sebaliknya cuba menarik keluar anak anjing tersebut dan menggigit dan membawa ke kawasan hutan.

“Kami terus menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan dan pada awal pagi, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis tiba dan mengarahkan kami untuk bermalam di lokasi lain terlebih demi keselamatan kerana dibimbangi harimau kumbang berkenaan masih berada di sekitar rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Rusmazaiti, empat hari sebelum kejadian tersebut, seekor anjing dewasa yang menjaga kebunnya juga hilang tanpa jejak diikuti seekor lagi anjing dewasa beberapa hari kemudian.

Bagaimanapun menurutnya, dia tidak menyangka kehilangan anjing-anjing itu adalah disebabkan dimakan harimau kumbang walaupun haiwan liar itu pernah muncul berhampiran rumah kira-kira sebulan lalu pada waktu malam.

“Kami baru dua tahun menetap di sini selepas suami bersara dari tentera, kami tahu kewujudan binatang ini melalui cerita penduduk kampung kerana haiwan ini pernah keluar di kampung berdekatan serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, namun tidak mengganggu penduduk,” katanya.

Menurutnya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan telah datang memasang perangkap pada pagi hari kejadian dan melakukan pemantauan.

“Saya harap agar binatang ini dapat segera masuk ke dalam perangkap kerana bimbang dengan keselamatan kami sekeluarga terutamanya dua anak saya yang masih kecil,” katanya.-UTUSAN.


https://www.utusan.com.my/berita ... an-harimau-kumbang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036543 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list