CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1173|Reply: 0

[Terengganu] Disangka monyet, lelaki cedera ditembak

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

SENAPANG yang digunakan dalam kejadian itu. FOTO Ihsan Polis

Chukai: Lelaki cedera selepas ditembak rakannya sendiri yang menyangka mangsa adalah monyet yang mencuri buah-buahan di sebuah kebun di Kerteh, semalam.

Dalam Kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat terkena peluru penabur yang ditembak oleh rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan memanjat pokok manggis di kebun miliknya itu.

Menurutnya, pada masa sama, suspek yang juga seorang warga emas berusia 69 tahun membawa senapang patah turut pergi ke kebun terbabit.

"Apabila melihat keadaan pokok yang bergoyang, suspek yang menyangka sekawan monyet di atas pokok itu dan melepaskan tembakan.

"Menyedari rakannya itu terkena tembakan, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan," katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya diberi rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan dan merampas senapang patah yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Suspek turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya.

Hanyan berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai permit serta lesen pemilikan senjata dan polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti pemilik senapang terbabit.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1990," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-cedera-ditembak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.329934 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list