View: 785|Reply: 0
|
[Kelantan]
18 syarikat pembungkusan terima minyak masak hingga 500 tan metrik sebulan
[Copy link]
|
|
Azman (tengah) ketika serbuan. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Kota Bharu: Bekalan minyak masak bersubsidi di negeri ini sentiasa mencukupi dan tidak timbul isu barangan itu tiada dijual di premis runcit atau borong.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, 18 syarikat pembungkusan semula di negeri ini menerima kuota minyak masak masing-masing setiap bulan.
"Semua syarikat pembungkusan semula ini akan menerima kuota masing-masing antara 28 tan metrik sehingga 500 tan metrik setiap bulan.
"Apabila kuota itu habis dibekalkan kepada pemborong, mereka perlu menunggu bulan seterusnya untuk mendapatkan bekalan lain dan sementara itu, pemborong boleh mendapatkan minyak masak bersubsidi itu di syarikat lain.
"Tidak timbul isu bekalan minyak masak terputus kerana masing-masing sudah menerima kuota. malah pasukan kami setiap hari membuat penyelarasan pengagihan kepada premis perniagaan yang mempunyai lesen sah berniaga borong atau runcit yang ditetapkan KPDN di seluruh Kelantan," katanya kepada pemberita di sini.
Azman berkata, isu minyak masak terputus bekalan hanya timbul di pihak peruncit atau pemborong yang tidak memiliki lesen borong atau runcit.
Menurutnya lagi, siasatan yang dilakukan tiga hari lalu terhadap enam premis runcit mendapati lima daripadanya tidak memiliki lesen runcit sekali gus gagal mendapatkan stok minyak masak daripada pemborong.
"Pemborong wajib jual kepada peruncit yang ada lesen dan ECOSS (Skim Penstabilan Harga Minyak Masak) kerana jika tiada ECOSS, pemborong tak akan dapat subsidi.
"Apabila kita minta mereka daftar lesen (borong atau runcit), mereka enggan, jadi kita tak boleh nak bantu. Bagaimanapun bekalan minyak masak di premis besar seperti pasar raya tetap ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tan-metrik-sebulan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|