CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5007|Reply: 0

[Kelantan] Hentikan aktiviti 4X4, elak jalan ke Pos Bihai rosak teruk

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN jalan ke Pos Bihai yang rosak teruk. FOTO Paya Linda Yahya.

Gua Musang: Hampir 1,000 penduduk Pos Bihai berharap aktiviti lasak menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) dapat dihentikan terutama pada musim hujan bagi mengelakkan laluan ke pos berkenaan rosak.

Penduduk mendakwa aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan itu sudah merosakkan satu-satunya jalan perhubungan di perkampungan mereka sehingga sukar untuk keluar membeli barangan keperluan.

Penduduk Pos Bihai, Apek Asud, 39 berkata, kini jalan terbabit dalam usaha dibaiki dan dinaiki taraf, tetapi susulan tindakan peminat aktiviti lasak itu, jalan kembali rosak.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila hari hujan menyebabkan jalan rosak teruk dan tidak boleh dilalui.

"Keadaan ini merisaukan kami, tidak lama lagi musim hujan, jadi semakin sukar untuk kami keluar kerana jalan yang rosak.

"Kami hanya menggunakan motosikal untuk keluar dan masuk bagi mendapatkan keperluan makanan.

"Apabila jalan rosak ada kalanya kami terpaksa bermalam di dalam hutan," katanya ketika ditemui, di sini.

Apek berkata, tidak dinafikan kumpulan peminat kenderaan pacuan empat roda itu ada memberikan bantuan kepada penduduk kampung, namun ia tidak berbaloi apabila terpaksa berhadapan dengan jalan rosak teruk dan merisikokan nyawa sendiri.

"Saya harap mereka kasihankan kami di sini. Kami pun perlu keluar untuk membeli bekalan makanan.

"Tapi dengan keadaan sekarang susah untuk kami keluar dan masuk ke penempatan kami ditambah pula dengan isu harimau yang berkeliaran di kawasan kampung," katanya.

Sementara, penghulu Tendrik, Pos Bihai, Alang Segan pula berkata, dia berharap tiada lagi aktiviti seumpama itu ke kawasan perkampungan berkenaan yang turut menjadi laluan utama untuk ke Pos Belatim dan Pos Balar.

"Jika betul ada keperluan, boleh masuk tetapi tak perlu antara 30 hingga 40 kenderaan masuk serentak.

"Saya harap aktiviti ini dapatlah dihenti atau ditangguhkan buat sementara waktu sehingga masalah jalan perhubungan kami selesai.

"Kami pun ingin menggunakan jalan yang selesa untuk keluar masuk.

"Kalau musim kemarau dan jalan tidak rosak, hanya satu jam lebih sahaja masa diambil untuk ke bandar Gua Musang dengan menggunakan motosikal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-bihai-rosak-teruk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051049 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list