CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5234|Reply: 0

[Terengganu] Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, atap singgora terus jadi pilihan

[Copy link]
Post time 17-9-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Noraini Jusoh menunjukkan proses menghasilkan atap bata atau atap singgora pada Program Musing Ketang@Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Lembaga Muzium Negeri Terengganu. - Foto NSTP/Faizul Azlan Razak

KUALA TERENGGANU: Biarpun atap genting menjadi pilihan, ia bukan halangan untuk satu-satunya pengeluar tunggal di negara ini meneruskan legasi menghasilkan atap bata atau atap singgora.

Atap singgora diperbuat 100 peratus daripada tanah liat sebelum dipotong mengikut ukuran ditetapkan.

Pengusahanya, Noraini Jusoh, 57, dari Kampung Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan, berkata dia juga generasi kelima yang mengusahakan atap singgora selepas mewarisi daripada ibunya sejak lebih 20 tahun lalu.

"Walaupun pada masa ini orang ramai lebih terarah kepada atap genting, namun setakat ini saya juga tidak putus-putus menerima tempahan.



"Kebanyakan tempahan adalah daripada penggiat kraf yang masih mahu menggunakan atap singgora," katanya.

Noraini ditemui selepas pada Program Musing Ketang Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) yang diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Noraini berkata, dia berdepan cabaran apabila lima pekerjanya terdiri daripada yang sudah berusia.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 1,000 keping bata mampu dihasilkan sebelum proses membakar sekurang-kurangnya mengambil masa 10 hari.

"Selagi kudrat saya kuat, saya tidak akan berhenti menghasilkan atap bata, malah setakat ini juga saya menerima banyak tempahan dari beberapa negeri yang mahukan dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia menjual atap singgora dengan harga RM1 sekeping dan kini anak bongsu, Norsyahirah Hassan, 22, menunjukkan minat dalam bidang ini.

"Saya sedikit lega perusahaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja, malah akan diteruskan anak bongsu pada masa depan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... singgora-terus-jadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.039467 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list