CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3267|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan Terengganu berusaha tambah bilangan pesawah miliki persijilan MyGap

[Copy link]
Post time 17-9-2023 03:29 PM | Show all posts |Read mode

DR Azman (kiri) melihat padi diusahakan pesawah di Kampung Batu Rakit, hari ini. FOTO Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri sedang berusaha menambah bilangan pesawah memiliki persijilan MyGap.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pesawah yang memiliki sijil MyGap akan menerima insentif sebanyak RM105 bagi setiap tan metrik padi kasar yang dihantar ke kilang konsortium untuk diproses.

Katanya, insentif tambahan itu bertujuan menggalakkan pesawah menyertai program beras MyGap diperkenalkan kerajaan negeri.

"Setakat ini seramai 127 pesawah di seluruh negeri ini mempunyai persijilan MyGap dan kerajaan negeri sudah mengeluarkan kira-kira RM200,000 semusim untuk pembayaran insentif tambahan.

"Kerajaan negeri bercadang menaikkan bayaran insentif tambahan bagi menggalakkan pesawah menyertai program beras MyGap," katanya kepada media selepas meninjau penanaman padi di Batu Rakit, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Jabi berkata, kerajaan negeri tidak boleh memaksa pesawah untuk menjual padi kepada kilang konsortium melainkan dengan menaikkan insentif.

"Jika kita tidak menaikkan bayaran insentif, pesawah yang memiliki sijil MyGap mungkin menghantar padi kasar ke kilang lain untuk diproses dan padi itu akan bercampur dengan padi biasa dan bukannya menjadi beras MyGap.

"Daripada 12,000 hektar keluasan penanaman padi, hanya 900 hektar diusahakan dengan penanaman padi MyGap," katanya.

Mengulas mengenai sawah padi di Batu Rakit, Dr Azman berkata, penanaman padi sekali setahun di kawasan seluas kira-kira 283.3 hektar diusahakan pesawah lebih seratus tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, pesawah mengusahakan tanaman padi dua kali setahun sebagai projek percubaan di kawasan seluas kira-kira 58.7 hektar.

"Kita akan berusaha menaik taraf sistem perairan bagi membolehkan pesawah mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.

"Penanaman padi dua kali setahun antara strategi akan dilakukan kerajaan negeri bagi membantu meningkatkan Kadar Cukup Sara Diri (SSR) untuk negeri dan negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-miliki-persijilan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045712 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list