CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1726|Reply: 0

[Terengganu] Singhora tak ditelan zaman

[Copy link]
Post time 18-9-2023 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Noraini Jusoh, 57, bukan sekadar pakar menghasilkan atap bata atau lebih dikenali sebagai atap singhora, malah dia juga generasi kelima penghasil atap berkenaan.

Bukan itu saja, Noraini yang mewarisi kepakaran serta perniagaan itu daripada ibunya sejak 20 tahun lalu, kini pengeluar tunggal atap singhora di negara ini.

Untuk rekod, perniagaan Noraini beroperasi di Kampung Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar, Bachok.

Biarpun atap genting kini menjadi pilihan namun ia tidak menghalang Noraini meneruskan legasi menghasilkan atap singhora yang terus mendapat sambutan.

Menurut Noraini, atap singhora diperbuat 100 peratus dengan menggunakan tanah liat sebelum ia dipotong mengikut ukuran ditetapkan.

"Walaupun ketika ini orang ramai lebih terarah kepada atap genting namun setakat ini, saya tidak putus menerima tempahan atap singhora.

"Kebanyakan tempahan diterima daripada penggiat kraf," katanya selepas menyertai Program Musing Ketang Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT).

Noraini berkata, dia juga berdepan masalah kekurangan pekerja dan kini ada lima pekerja dengan sebahagiannya sudah berusia.

Menurutnya, setiap hari, dia mampu menghasilkan 1,000 keping bata sebelum proses membakar dijalankan.

Proses itu mengambil masa 10 hari dan ia dibakar dengan suhu berpatutan.

"Selagi kudrat saya kuat, saya tidak berhenti menghasilkan atap Singhora. Ketika ini, ada banyak tempahan dari beberapa negeri yang mahu ia siap dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Ibu lima anak itu berkata, dia menjual atap Singhora pada harga RM1 sekeping.

"Saya lihat, anak bongsu iaitu Norsyahirah Hassan, berusia 22 tahun, menunjukkan minat menceburi bidang ini.

"Syukur kerana saya rasa perusahaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja, malah boleh diteruskan Norsyahirah," katanya.


NORAINI menunjukkan cara menghasilkan atap singhora pada Program Musing Ketang Kampung Budaya Terengganu di LMNT.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-tak-ditelan-zaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.034678 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list