CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5575|Reply: 22

Anggota Tentera Leraikan Pergaduhan Dituduh Mencederakan

[Copy link]
Post time 18-9-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Nasib malang menimpa seorang anggota tentera berpangkat Pegawai Waran apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ketika cuba meleraikan pergaduhan antara jirannya dengan dua lelaki dipercayai mabuk, pada tahun lalu.


Tertuduh, Mohd. Affizzu Che Aziz, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd. Sabri Ismail.


Seorang Pegawai Waran didakwa atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap dua lelaki pada tahun lalu.




Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap dua lelaki masing-masing berusia 37 dan 26 tahun menggunakan objek tajam disyaki sebilah pisau (dagger) kira-kira pukul 11.30 malam di Pangsapuri Cheng Ria, dekat sini, pada 16 Oktober 2022.


Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.


Difahamkan, kejadian berlaku selepas jiran tertuduh menegur kedua-dua lelaki terbabit yang dikatakan membuat bising dalam keadaan dipercayai mabuk di bawah pangsapuri berkenaan.


Kedua-dua mereka kemudian menjadi berang dan telah naik ke tingkat atas menuju ke rumah jiran tertuduh untuk bergaduh. Tertuduh yang melihat kekecohan itu cuba meleraikan pergaduhan sehingga didakwa telah mendatangkan kecederaan.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan agar jaminan RM35,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.


Peguam Omar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh bekerja sebagai pegawai waran di Kem Sungai Udang serta menanggung dua orang isteri dan enam anak dengan tiga daripadanya masih kecil.


Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 berserta syarat tambahan tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, sekali dalam sebulan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang mabok tu geng rentung la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Leraikan pergaduhan pon kena dakwa?? Ke arah negara China la lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral of the story, nmpk org gaduh buat2 x tahu x pasal2 masuk lokap karang
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mawardia at 18-9-2023 08:17 PM

Spekuan I ols, dia nak leraikan tapi yg mabuk tu main kasar ada pisau, so dia kena defend diri tapi TERcederakan 2 ekor tu. 2 ekor tu dakwa la dia cederakan civilian. Speku je.

Pastu I nak tahu jugak apa jadi dgn jiran mamat ni. Kesian lak mamat ni menanggung padahal dia menolong jiran yg bergaduh je. Harap jiran tu boleh jadi witness dia.

Dah level peg. waran dah ada kes polis lak. Apa jadi job dia, pencen dia.

Yiiihhhhh. Pasni korang yg askar and polis ni nampak org gaduh korang pretend jadi org buta je lah! Tak pun lari 5km jgn toleh2 ke belakang. Esp when u're not on duty.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 08:51 PM | Show all posts
pengajaran kepada semua....jadilah seperti China, esok kot hakim tu eksiden, jangan ditolong agaknya? ...






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la ade 2 bini. 6 anak.

Kalau tengok prang bergaduh lain kali tido ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu sebab kalau polis off duty, balik keje pakai sweater, tutup seragam supaya org tak tau dia polis. Off duty, xyah amik tau kalau ada apa2 berlaku tgh jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole leraikan..cume jgn pakai senjata tajam

Tu pisau dagger bukan ada kt smua rumah..

Lagi satu kan tentera..tkkn tk tau self defense pkai kaki tgn cm mat kilau tu..nape perlu senjata tajam smpai parah.ptut dia sbg tentera lebih tau kesan guna senjata tajam pada org awam sekalipun org tu mabuk..

Dia bukan keje pak guard Nepal atau budak pengakap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:04 AM | Show all posts
Kem Sungai Udang Melaka, uishhh Kem Komando tu.....
da 38tahun sikit tahun lagi nk pencen,kalau sabit kesalahan sayang servis.. babi punya kicap
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-9-2023 05:24 AM
Tu sebab kalau polis off duty, balik keje pakai sweater, tutup seragam supaya org tak tau dia polis. ...

Pakai earphone kan...lantok la org nak bergaduh berparang...paling call polis la....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-9-2023 05:24 AM
Tu sebab kalau polis off duty, balik keje pakai sweater, tutup seragam supaya org tak tau dia polis. ...

Yes .mostly pakai baju biasa..
Jiran iols pung Sama
Bila gi keje atau balik mesti pakai baju biasa
Seluar je seluar polis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:06 AM | Show all posts
felinecat replied at 18-9-2023 07:31 PM
Leraikan pergaduhan pon kena dakwa?? Ke arah negara China la lepas ni

kalau ikut artikel tu dia cuba leraikan pegaduhan. fakta menyebut tertuduh menggunakan pisau (dagger) hingga mendatangkan kecederaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:13 AM | Show all posts
org mabuk tetap terbela....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:23 AM | Show all posts
Firenzza replied at 18-9-2023 07:34 PM
Moral of the story, nmpk org gaduh buat2 x tahu x pasal2 masuk lokap karang

Sbb tu iol mlas nak buat baik skrg sbb zmn skrg klau kita buat baik, kita plak yg d slahkan kaw2. So jln trbaik, klau nmpk apa2, cpat2 larikan diri, biarkan depa mati ke apa, jnji kita x slah & x trlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:45 AM | Show all posts
s@s@ replied at 19-9-2023 10:13 AM
org mabuk tetap terbela....

Betul sangat... dalam apa2 kes sekalipun, langgar orang, bergaduh, etc...depa mesti lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 12:27 PM | Show all posts
dagger??
terus teringat cerita ni



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 19-9-2023 11:23 AM
Sbb tu iol mlas nak buat baik skrg sbb zmn skrg klau kita buat baik, kita plak yg d slahkan kaw2.  ...

Betul tu sis, mcm ada 1 kes grabfood rider eksiden kena langgar kereta kt trafik light, org lain yg tengok kejadian tanpa usul periksa teruih belasah driver & terbalikan kereta.

Rupa2nya driver tu ada dashcam mat rider tu yg salah langgar red light, esoknya geng2 dlm 10 org yg terbalikan keta teruih kena dakwa dkt court bergari ramai2......x pasal2 bergelar banduan....mat rider plk lek2 dok umah cedera sikit jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:20 PM | Show all posts
undang2 manusia ni lain mcm skit...dier berat kpd penjenayah...di USA skrg, sudah jadi negara penjenayah...

di mahkamah manusia, memang sangat lama kalau ada kes bunuh, rogol, mati, etc..manusia jahat ni memang beban kpd manusia lain...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena buat tak peduli org lain gaduh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054221 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list