View: 5359|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Abang besar' Pok Mudo Subong dah kena tangkap
[Copy link]
|
|
Gajah liar diberi nama Pok Mudo Subong diapit oleh Abot (kanan) dan Rambai (kiri) untuk dipindahkan oleh Perhilitan. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Seekor gajah jantan yang dipercayai merosakkan tanaman penduduk di Kampung Awek, di sini, baru-baru ini berjaya ditangkap dan dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), hari ini.
Gajah jantan seberat tiga tan yang diberi nama 'Pok Mudo Subong' itu dipercayai dari Hutan Simpan Nenggiri.
Ketua Operasi Pemindahan, Mohammad Abu Huzaifah Abu Samah, berkata operasi dibantu oleh dua gajah denak iaitu Abot dan Rambai yang dibawa dari Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.
Katanya, operasi terbabit bermula 8 pagi sehingga 2 petang besama 30 anggota terdiri daripada Perhilitan Kelantan, PKGK Sungai Deka, dan PKGK Kuala Gandah.
"Alhamdulillah operasi selama lima jam ini berjalan dengan lancar dan gajah liar berada di dalam keadaan sihat serta stabil dan akan dihantar ke habitat asalnya.
"Gajah liar ini dianggarkan seberat hampir tiga tan dan jangkaan umur di antara 25 hingga 30 tahun dengan saiz tapak sepanjang 16 inci," katanya.
Katanya, sebelum operasi pemindahan dilakukan, gajah terbabit ditangkap Jumaat lalu kira-kira 7 pagi oleh anggota Perhilitan yang memulakan operasi menjejak pada Ahad minggu lalu.
Sementara itu, pekebun, Ismail Awang Hamad, 60, berkata, penangkapan dan pemindahan gajah terbabit memberi sedikit kelegaan kepada penduduk.
"Selepas kejadian lembu penduduk mati diserang gajah liar, penduduk jadi takut untuk keluar ke kebun dan menoreh getah.
"Terima kasih kepada Perhilitan yang bertindak pantas dengan aduan dan masalah penduduk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-dah-kena-tangkap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|