View: 662|Reply: 0
|
MotoGP: Jack Miller akui diancam Marquez
[Copy link]
|
|
MotoGP: Jack Miller akui diancam Marquez
MILLER akui kedudukannya bersama KTM tidak selamat selepas kontrak berakhir 2024 apabila berdepan kemungkinan dicabar Marquez. - AFP
LONDON – Pelumba Australia, Jack Miller tidak menolak kemungkinan tempatnya bersama pasukan KTM mungkin terancam diambil oleh Marc Marquez pada musim 2025.
Masa depan Marquez dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sama ada kekal bersama Honda ataupun tidak bertiup kencang sejak akhir-akhir ini biarpun pelumba Sepanyol itu mengesahkan bersedia kekal bersama pasukan Jepun itu tahun depan.
Bagaimanapun, KTM tanpa berselindung mengakui berminat untuk menyambar khidmat Marquez selepas juara dunia MotoGP itu hilang semangat bersama Honda.
“Ketika ini saya lihat pintu sedang terbuka dan saya tidak akan menjadi orang yang cuba menutupnya. Sudah tentu saya kemungkinan bakal kehilangan tempat saya kepada salah seorang daripada dua pelumba ini (Marquez dan Pedro Acosta)
“Jika saya tidak mampu tampilkan aksi terbaik seperti KTM jangkakan, saya tidak akan berada di sini pada 2025, ia adalah ‘undang-undang’ sukan ini. Terpulang kepada sama ada mampu untuk melakukan kerja yang baik untuk kekal dalam karier saya.
“Anda tahu, saya menghabiskan lima musim di Ducati dengan perlu bekerja keras untuk lanjutkan kontrak pada setiap tahun. Saya sudah biasa dengan situasi seperti ini,” kata Miller.
Pengarah Sukan Permotoran KTM, Pit Beirer mendedahkan bahawa mereka mahu membeli pasukan satelit sedia ada pada 2025 untuk menambah jumlah jentera mereka di grid perlumbaan seperti dilakukan Ducati.
Jika perkara itu benar berlaku, maka tidak mustahil Marquez mahupun Acosta mampu beraksi bersama KTM kelak. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ui-diancam-marquez/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|