CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3576|Reply: 0

[Melaka] Pelajar Tingkatan 3 diperkosa dua lelaki Rohingya di Klebang

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Melaka: Remaja perempuan dirogol dua lelaki etnik Rohingya yang baru dikenalinya ketika dibawa bersiar-siar menaiki kereta di kawasan Klebang dekat sini, Jumaat lalu.

Perbuatan lelaki warga asing itu terbongkar selepas mangsa berusia 15 tahun itu ditemukan antara 2 dan 3 pagi di taman permainan di Batu Berendam, dekat sini, oleh rakan abangnya yang membantu mencari mangsa selepas mengetahui dia tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan kejadian dibuat abang mangsa pada hari sama di Balai Polis Batang Tiga.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa yang masih bersekolah keluar dari rumahnya kira-kira 2 petang 14 September lalu, untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun yang dikenalinya.

"Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal kira-kira 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya yang dikenali berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

"Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki Proton Preve dipandu suspek kedua, sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.

"Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam," katanya dalam kenyataan.

Zainol berkata, hasil pemeriksaan oleh pakar perubatan Hospital Melaka mendapati kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

"Bertindak atas maklumat, polis mengesan dan menahan kedua-dua suspek lelaki Rohingya pada hari sama dan suspek direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September ini bagi siasatan lanjut.

"Suspek pertama seorang penganggur dan suspek kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat," katanya.

Untuk rekod, ini kejadian jenayah kedua membabitkan etnik Rohingya yang dilaporkan tahun ini selepas pada Januari lalu, negeri ini digemparkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dicabul lelaki Rohingya di Semabok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rohingya-di-klebang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.937856 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list