CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3632|Reply: 0

[Pahang] Bas ekspres terbabas, tiga termasuk anggota bomba maut

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN bas ekspres berkenaan. FOTO Ihsan Bomba

Lipis: Seorang anggota bomba antara tiga yang maut selepas bas ekspres terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kubang Rusa dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.50 pagi itu, mangsa maut, Mohd Syukri Mat Noor, 55 adalah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai.

Dua lagi mangsa maut, pemandu bas, Ab Aziz Daud, 63, dari Kampung Lalang Luas, Machang, Kelantan dan buruh binaan, Hossain Kamal, 41, yang juga seorang warga Bangladesh.

Pemandu kedua bas, Che Bukhari Che Mat, 39 , dari Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pula patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian, bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu ketika melalui selekoh, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

"Akibatnya, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, Che Bukhari dan enam lagi penumpang pula cedera.

Katanya, mangsa maut dan cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Gua Musang.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -anggota-bomba-maut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.213860 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list