CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2443|Reply: 0

[Kelantan] 4 ditahan bantu siasat kes tembak depan bengkel

[Copy link]
Post time 20-9-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki ketika sidang media. FOTO Hazira Ahmad Zaidi



Kota Bharu: Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Kampung Hutan Kuin, Machang pada petang Ahad lalu terkena tujuh das tembakan termasuk di kepala dan dada.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan tembakan tepat yang terkena pada bahagian kepala.

Menurutnya, setakat ini pihaknya sudah membuat empat tangkapan terhadap individu berusia 25 hingga 36 tahun dan kesemua mereka mempunyai rekod jenayah.

"Kesemua suspek direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Polis juga sudah memanggil 25 saksi termasuk keluarga dan rakan mangsa serta individu yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut merampas dua pucuk pistol yang dipercayai milik mangsa dan dijumpai di lokasi lain.

"Selain itu, berdasarkan rampasan dan pemeriksaan ke atas telefon bimbit mangsa, pihak kami tidak menolak kemungkinan mangsa ada pembabitan dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti haram.

"Hasil pemeriksaan kandungan ke atas telefon bimbit mangsa juga mendapati terdapat individu-individu terkait yang mengetahui apa sebenarnya berlaku," katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa mempunyai 21 rekod jenayah iaitu 12 kes berkaitan dadah dan sembilan kes lagi termasuk membabitkan senjata api dan sebagainya.

"Setakat ini kita melihat mangsa lebih berkuasa dan mungkin ketua kumpulan, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan selain keterangan saksi dan tangkapan dibuat, maklumat awal yang diperoleh mendapati sebelum kejadian mungkin berlaku pertelingkahan dan pakatan luar yang membawa kepada kematian.

"Kemungkinan kejadian ini berlaku disebabkan oleh permasalahan di dalam kumpulan atau dengan kumpulan lain yang mempunyai hubung kait yang bukan sahaja di Kelantan tetapi juga negara jiran.

"Pihak kami percaya, dengan kejadian ini kita boleh merungkai beberapa kumpulan yang aktif dalam pengedaran dadah, senjata api dan aktiviti haram yang lain," katanya.

Media sebelum ini melaporkan lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia selepas ditembak di hadapan kedai untuk membeli alat ganti kenderaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... embak-depan-bengkel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062243 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list