CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2439|Reply: 0

[Johor] 'Inilah peluang saya kerja pahala... jaga ayah'

[Copy link]
Post time 20-9-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode

FARAH Nurul Fatimah bersama bapanya, Rezemi. FOTO ihsan Farah Nurul Fatimah

Segamat: Demi kasih bapa, wanita ini sanggup memandu 175 kilometer (km) setiap minggu dari Segamat, Johor Bahru ke Nilai, Negeri Sembilan untuk menjaga insan kesayangannya.

Farah Nurul Fatimah Rezemi, 28, yang bekerja sebagai juruterapi spa di daerah ini sudah melakukan rutin itu sejak tiga tahun lalu selepas bapanya, Rezemi Budin, 64, diserang angin ahmar.

Menurutnya, dia bergilir menjaga Rezemi yang tidak boleh menguruskan diri, tidak mampu berjalan dan pernah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala sejak 2017.

"Adik bongsu, (Kamil, 27) yang juga autism menemani ayah dan emak (Talhah Palil, 64) di rumah tetapi kami adik-beradik lain akan bergilir-gilir temankan ayah menjalani pemeriksaan dan setiap hujung minggu kakak akan jaga ayah, manakala saya akan pulang pada hari biasa untuk temankan mereka pula.

"Selain itu, Kamil juga berstatus orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran turut perlu menjalani pemeriksaan susulan jadi kami juga akan bergilir-gilir bawa dia ke hospital," katanya ketika dihubungi.

Biarpun terpaksa berulang alik setiap minggu dan menanggung kos perjalanan ketika kos sara hidup meningkat ketika ini, Farah Nurul Fatimah tidak menganggapnya satu beban, asalkan dapat bersama insan tersayang.

"Wang boleh dicari dan sementara masih muda serta ada peluang, biarlah 'healing' bersama ayah dan keluarga. Keadaan di rumah sangat perlukan bantuan saya, jadi penat itu kita tolak tepi.

"Kalau boleh memang mahu duduk bersama ayah tetapi buat masa ini ada kekangan dan rezeki masih berada di negeri orang, namun apa yang penting saya cuba melakukan yang terbaik bagi mendapat reda ibu bapa dan Allah SWT," katanya.

Menurut Farah Nurul Fatimah, dia pernah mengambil cuti tanpa gaji sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lalu sekali gus berpeluang merakam video kenangan bersama bapanya, namun mengakui menjaga warga emas sakit tidak mudah.

"Saya ada kenangan paling 'best' apabila ayah muntah dalam kereta tetapi itu bukan masalah kerana kenderaan boleh dicuci asalkan ayah selesa.

"Ayah pernah suruh hantarnya ke rumah orang tua sebab rasa membebankan, tetapi kami tak sanggup dan akan jaganya sampai bila-bila.

"Ini adalah tanggungjawab kami lima beradik sebagai anaknya dan tidak terbalas jasa ayah.

"Jaga orang sakit memang perlu sabar dan sejak sakit ayah sensitif tetapi dia selalu cakap terima kasih sebab jaga dan bawanya berjalan. Kami anggap ini peluang untuk mengejar pahala sebagai bekalan di sana nanti," katanya.

Dia yang masih bujang tidak memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana mahu memberi perhatian kepada bapa dan adiknya, namun suka berkongsi mengenai bapanya di media sosial sebagai kenangan serta terapi dirinya.

"Saya suka ambil gambar dan video untuk diabadikan sebagai kenangan, malah ada pengikut yang berkongsi pengalaman sama cakap video saya buat mereka rindu pada orang tua mereka selain menulis juga terapi untuk saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-pahala-jaga-ayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.208053 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list