View: 2585|Reply: 0
|
MotoGP India: Marquez belum dapat visa
[Copy link]
|
|
MARC Marquez. FOTO AFP
New Delhi: Juara dunia enam kali, Marc Marquez adalah antara beberapa pelumba yang berdepan kelewatan kelulusan visa menjelang saingan MotoGP India minggu ini.
"Penerbangan ditangguhkan kerana tiada visa untuk #IndiaGP. Jadi kami ambil masa berkayuh sebentar," kata pelumba Respol Honda itu di Instagram dengan memuat naik gambar sedang berbasikal.
Beberapa pelumba Moto3 dan petugas media juga sedang menunggu visa mereka untuk perlumbaan MotoGP sulung di Litar Antarabangsa Buddh dekat pinggir New Delhi.
Penganjur tempatan berkata mereka 'bekerja sepanjang masa' untuk memastikan visa diperolehi dengan cepat.
"Kami kesal dengan kelewatan proses pengeluaran visa. Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kebanyakan visa sudah diproses," kata mereka dalam satu kenyataan, semalam.
Francesco Bagnaia dari Ducati mempunyai kelebihan 36 mata di tangga teratas mengatasi Jorge Martin dari Pramac Racing menjelang perlumbaan ke-13 tahun ini.
Walaupun beberapa pelumba meluahkan kekecewaan mereka terhadap keadaan litar, Loris Capirossi, penasihat keselamatan Dorna Sports iaitu pemegang hak komersial MotoGP, berpuas hati dengan litar yang pernah digunakan untuk saingan Formula Satu (F1) itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ez-belum-dapat-visa |
|
|
|
|
|
|
| |
|