CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3140|Reply: 0

[Johor] Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebih mahal harga kawalan

[Copy link]
Post time 20-9-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat peruncitan dijatuhkan hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjual telur melebihi harga kawalan ditetapkan.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim membuat keputusan tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah menjual telur ayam gred B pada harga 70 sen sebiji, sedangkan harga kawalan adalah 43 sen sebiji.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Sementara itu, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan tersebut selepas anggota penguatkuasanya menyiasat aduan awam melibatkan sebuah premis runcit di Taman Dato’ Onn, di sini.

“KPDN Johor akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan ke atas kedudukan bekalan barang-barang keperluan asas di seluruh negeri Johor.

“Sebagai agensi kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup, pelbagai langkah telah dilakukan bagi memastikan harga barangan adalah berpatutan dan stabil,” jelasnya.

Tambah Lilis Saslinda, seramai 200 anggota penguatkuasa KPDN Johor sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan agar bekalan barangan keperluan harian adalah mencukupi bagi rakyat negeri ini.

“Sehubungan itu, peniaga juga dinasihatkan agar mematuhi segala undang-undang perniagaan yang ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ahal-harga-kawalan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.043760 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list