CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4625|Reply: 0

[Selangor] Pipi bengkak, murid tahun satu dakwa ditampar ustazah

[Copy link]
Post time 20-9-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

Gambar yang dikongsi keluarga mangsa.

PETALING JAYA – Gara-gara berang tidak menjumpai surat yang dikehendaki, seorang murid tahun satu mendakwa telah ditampar di pipi kirinya oleh guru dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Klang Isnin lalu.

Menurut perkongsian sepupu kanak-kanak malang itu, keluarganya kecewa dengan tindakan yang diambil guru tersebut yang dilihat tidak munasabah sehingga mendatangkan mudarat.

“Sepupu saya umur tujuh tahun kena lempang dengan ustazah depan orang ramai termasuk guru lain hanya kerana dia tak jumpa surat dalam beg sekolah.

“Kejadian tersebut berlaku depan orang ramai, tetapi yang lain buat tidak tahu saja. Lepas itu, tak ada yang tanya budak itu okay ke tidak lepas kena lempang,” ulasnya dalam satu hantaran di Twitter.

Tambahnya, sejurus kejadian tersebut berlaku, ibu mangsa terus membawanya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan awal kerana bimbang kesan yang akan berlaku.

“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bahagian pipi kiri mangsa bengkak, merah dan sakit,” katanya.

Difahamkan, bapa mangsa juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada guru kelas anaknya dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Klang semalam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... a-ditampar-ustazah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043561 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list