View: 4675|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
'Hanya sempat jerit pada isteri suruh berlindung'
[Copy link]
|
|
Mohammad Azri melihat atap rumahnya yang rosak akibat ribut yang malanda di Kampung Sungai Jai dan beberapa kawasan di Lenggeng. FOTO AZRUL EDHAM
Nilai: "Ketika kejadian saya tidak berani buat apa-apa dan minta supaya isteri berlindung di tempat selamat kerana bimbang ditimpa atap yang berterbangan," kata Mohammad Azri Ab Aziz, 37, penduduk di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini, yang terjejas akibat ribut lewat petang semalam.
Mohammad Azri berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, 10 atap rumahnya dari bahagian ruang tamu hingga ke dapur diterbangkan angin.
"Pada masa itu, saya di dalam rumah manakala isteri (Siti Nadia Othman, 35) berada dalam kedai di hadapan rumah. Pada mulanya hujan seperti biasa sebelum tiba-tiba angin kuat berserta hujan melanda rumah.
"Keadaan jadi panik sebelum saya segera menutup tingkap dan menjerit kepada isteri mengarahkannya supaya duduk berlindung. Saya sendiri tidak berani keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.
Difahamkan, sebanyak 58 rumah dari Kampung Sungai Jai, Kampung Biuh, Kampung Dacing dan beberapa kampung lain terjejas dalam kejadian ini yang mana ribut berlaku secara berperingkat dari jam 5.30 petang hingga jam 8 malam.
Mohammad Azri berkata, dia bersyukur kerana pihak bertanggungjawab sudah datang melihat kerosakan rumahnya dan menyalurkan bantuan segera seperti wang tunai dan keperluan makanan.
Seorang lagi penduduk, Sulaiman Ibrahim, 42, berkata, ini kali pertama kejadian ribut seumpama ini melanda sejak menetap di Kampung Sungai Jai lebih 10 tahun lalu,
"Memang tidak jangka kerana sebelum ini ribut kuat seperti ini tidak pernah melanda. Zink tercabut menyebabkan air masuk ke dalam rumah, beberapa barang elektrik serta perabot rosak," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mohd Asna Amin berkata, pihaknya sudah mendapatkan bantuan segera daripada semua agensi yang terbabit.
"Aduan yang saya terima mendapati keadan menjadi teruk berpunca daripada air hujan yang masuk ke rumah menyebabkan barang rumah rosak.
"Ada juga kenderaan dan rumah yang dihempap pokok besar. Pasukan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan Skuad Pantas Nilai segera memberikan bantuan mengalihkan pokok dan kerja pembersihan.
"Semua agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) zakat dan Pejabat Daerah sudah dimaklumkan. Memandangkan musim hujan ketika ini, saya mengarahkan kontraktor supaya membaik pulih bumbung rumah yang rosak dengan kadar segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ri-suruh-berlindung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|