CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2919|Reply: 0

[Selangor] Dapat komisen RM458, rugi lebih RM1 juta

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Seorang pengurus syarikat menjadi gelap mata selepas menerima komisen sebanyak US$100 (RM458) untuk bekerja sambilan melalui platform media sosial.

Namun, keterujaan wanita berkenaan untuk memperoleh pendapatan mudah itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pekerjaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 52 tahun memaklumkan berkenalan dan berhubung dengan seorang lelaki tempatan melalui WhatsApp pada awal Ogos lalu.

"Suspek kemudian menawarkan kerja sambilan secara dalam talian dengan pulangan komisen kepada pengadu dan diberikan pautan sebelum diminta membeli barang.

"Menurut mangsa, dia pernah menerima wang komisen sebanyak US$100 atau RM458 hasil 'kerja sambilan' berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa membuat bayaran pembelian barang ke dalam 14 akaun bank berbeza di Pandan Indah, di sini, seperti diarahkan.

"Sehingga kini, pengadu tidak mendapat komisen dijanjikan dan mengalami kerugian berjumlah RM1,100,431.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan tawaran yang tidak pasti dan semak dahulu kesahihan urus niaga berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rugi-lebih-rm1-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039280 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list