CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3036|Reply: 0

[Johor] Itu kotak minumanlah!

[Copy link]
Post time 21-9-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUL Zaman pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. FOTO Izz Laily Hussein.

Johor Bahru : Polis Johor mengesahkan tiada pemberian wang dibuat seorang pemilik kilang di Kulai kepada anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) seperti yang tular di aplikasi TikTok sejak semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebaliknya apa yang diserahkan individu dalam video berkenaan kepada anggota polis itu hanyalah kotak minuman.

Beliau berkata, penjelasan itu diperoleh polis selepas keterangan daripada kedua-dua pihak (anggota polis dan pemilik kilang) diambil, susulan laporan polis dibuat mereka berdua sebaik penularan video berkenaan.

"Mengenai video semalam, kita sudah membuka kertas siasatan kerana ada laporan polis daripada anggota MPV dan lelaki yang dikatakan memberi sesuatu kepada polis.

"Kita sudah rakam percakapan kedua-dua pihak dan hasil siasatan, itu bukan duit tetapi ia adalah kotak minuman.

"Bukan wang yang diberi dan kita juga lihat pada kenyataan yang menyokong perbuatan itu apabila lelaki berkenaan ada bercakap kepada adiknya, 'jangan beri duit pada mereka, kalau bagi duit, dia akan...' kemudian video itu berhenti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Semalam, tular video berdurasi 39 saat memaparkan sebuah kereta MPV polis yang dinaiki dua anggota sedang berkomunikasi dengan dua lelaki yang mana di akhir video memaparkan seorang daripada lelaki itu menyerahkan sesuatu kepada anggota polis yang berada di dalam kereta berkenaan.

Walaupun tidak jelas apakah yang diserahkan kepada polis berkenaan, namun ia mengundang kecaman pengguna aplikasi berkenaan yang mendakwa ia seolah memberi wang kepada pihak berkuasa itu.

Menurut Kamarul Zaman, kejadian berlaku pada 3 September lalu di hadapan sebuah kilang dekat Kawasan Perindustrian sekitar Kulai yang mana kereta peronda MPV itu berhenti di hadapan kilang berkenaan untuk bertanyakan kenapa ramai berkumpul di hadapan premis itu.

"Kenapa MPV berhenti hadapan kilang kerana ada ramai orang. Dalam video tidak tunjuk kawasan depan kilang. Jadi, anggota polis tanya kenapa ramai orang, ada apa berlaku. Mereka kata mereka sedang mengadakan upacara sembahyang hantu sempena Perayaan Hantu Lapar.

"Kita persoal juga kenapa polis tidak keluar dari kereta peronda. Sebab itu kita tetap jalankan siasatan lanjut.

"Dua-dua pihak kita sudah rakam percakapan dan beberapa keterangan lain memang jelas buktikan tidak ada sebarang pemberian wang," katanya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya melaporkan terus sebarang maklumat diperoleh kepada pihak polis sebelum memuat naiknya di media sosial untuk tuntutan umum.

Katanya, sekiranya terdapat sebarang salah laku, polis akan mengambil tindakan segera dan tidak akan berkompromi kepada sesiapa yang bersalah.

"Jika sesuatu perkara itu tidak dipaparkan secara jelas, ia sudah pasti akan menjejaskan imej pasukan saya dan orang akan pandang serong.

"Jadi, kalau ada video atau apa-apa maklumat, berikan kepada saya, jangan ditularkan dengan tujuan negatif.

"Semua perkara ada jalan penyelesaian, kalau muat naik begini dan sengaja burukkan pasukan, itu saya tidak setuju," tegasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tu-kotak-minumanlah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.241271 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list