View: 4400|Reply: 0
|
[Selangor]
Murid ditampar guru, polis buka kertas siasatan
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
Klang: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang guru menampar murid lelaki berusia tujuh tahun di sebuah sekolah kebangsaan di Kampung Jawa, di sini, seperti tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan dibuat wanita berusia 42 tahun iaitu ibu kepada kanak-kanak terbabit pada 19 September lalu.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku 5.50 petang pada 18 September ketika murid itu bersama rakan sekelas berada di dewan sebaik selesai acara sukan sebelum pulang.
"Seorang guru wanita bertanya kepada semua murid berkenaan surat pemberitahuan hari sukan. Anak pengadu beritahu suratnya hilang dipercayai dicuri rakan.
"Guru itu menjalankan pemeriksaan dan mendapati surat berkenaan tidak hilang sebaliknya berada dalam beg sekolahnya.
"Guru terbabit kemudian menegur anak pengadu supaya jangan menuduh orang lain tanpa bukti kukuh lalu menampar pipi kiri murid itu," katanya dalam kenyataan malam ini.
Cha berkata, kejadian itu mengakibatkan pipi anak pengadu kemerahan dan bengkak.
Bertindak atas laporan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Polis akan merakam keterangan guru terbabit dan saksi yang boleh membantu siasatan. Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu sehingga boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uka-kertas-siasatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|