CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4772|Reply: 0

[Selangor] Hilang kawalan punca kemalangan maut di Genting Highlands

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Bomba membantu mangsa nahas kereta terbalik di Jalan Genting Highland, Genting Sempah, Gombak, hari ini.

GOMBAK – Hilang kawalan di selokoh punca seorang lelaki maut manakala empat kenalannya cedera dalam kemalangan membabitkan kereta di Kilometer 25.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 5 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dari arah Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur.

“Kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama empat lelaki tempatan berusia 17 tahun hingga 22 tahun yang juga kenalannya.

“Semasa melalui jalan berselekoh menuruni bukit, kenderaan berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ekoran kemalangan itu seorang penumpang belakang berusia 22 tahun cedera parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, jelas Noor Ariffin mangsa lain yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke forensik Hospital Selayang dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Norazlan Noorudin di talian 019-7974466 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-612622.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -genting-highlands/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.387997 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list