CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4344|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] DBKL kompaun 34, tutup dua premis makanan kotor di Bandar Baru Sri Petaling

[Copy link]
Post time 23-9-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode

Petugas Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis makanan di Bandar Baru Sri Petaling di sini.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 34 kompaun serta menutup dua premis makanan di sepanjang Jalan Radin Anum, Radin Tengah dan Radin Bagus di Bandar Baru Sri Petaling di sini, selepas didapati tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

DBKL dalam kenyataannya, berkata tindakan kompaun dan menutup premis makanan itu dilakukan hasil daripada pemeriksaan ke atas 19 daripada 31 premis makanan di kawasan berkenaan.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

"DBKL komited meneruskan pemantauan kerana ini membabitkan soal keselamatan dan kesihatan warga kota sebagai pelanggan," katanya.



DBKL berkata, antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen petempatan makanan, pekerja yang tiada suntikan tifoid dan menjalani kursus pengendali makanan, lantai dinding dapur kotor serta jubin rosak.

"Selain itu, bahan makanan ditempatkan di atas lantai, tidak memasang dan menyelenggara alat perangkap minyak, penyediaan makanan di atas lantai dan di luar premis, serta terdapat hurungan makhluk perosak di tempat makanan," katanya.

DBKL turut mengingatkan kepada pemilik premis makanan faktor harga makanan mahal bukan sahaja penyebab kekurangan pelanggan tetapi premis tidak bersih juga antara penyebab utama.
https://www.bharian.com.my/berit ... -di-bandar-baru-sri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051398 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list