View: 4363|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Beras cukup asal jangan panik', itu jaminan KP LPP
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bekalan beras putih tempatan mencukupi susulan rakyat mula beralih kepada beras berkenaan selepas kenaikan harga beras import.
Ketua Pengarah, Datuk Azulita Salim, berkata bagi memastikan bekalan beras putih tempatan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat, kerajaan mengambil pendekatan membabitkan LPP dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menjual bekalan ruji berkenaan di lokasi terpilih.
Katanya, LPP diperuntukkan 300 tan daripada 700 tan beras putih tempatan untuk dipasarkan di 40 premis jualan LPP di seluruh negara.
"Sebaik arahan diterima daripada pihak kementerian, kami terus menghubungi pengilang memaklumkan lokasi terpilih sebagai usaha menangani isu kekurangan bekalan beras putih tempatan.
"Bagi memastikan mencukupi, pembelian dihadkan dua beg beras putih tempatan kepada seorang pengguna yang dijual pada harga kawalan RM26 bagi 10 kilogram (kg)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang selepas Perasmian Pelancaran Jualan Agro Madani Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks lslam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini.
Azulita berkata, cabaran dihadapi adalah keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan bekalan beras agak terhad.
"Namun tidak perlu dibimbangi kerana bekalan beras mencukupi dan kita berharap tidak berlaku pembelian panik.
"Apabila panik, rakyat mula membeli bekalan beras melebihi sepatutnya dan itulah yang menyebabkan berlaku kekurangan bekalan," katanya.
Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim (kanan) meninjau jualan beras di Jualan Agro Madani Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks lslam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, hari ini. - Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi
https://www.bharian.com.my/berit ... -itu-jaminan-kp-lpp |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|