CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Malaysia tiada jangkitan penyakit Nipah sejak 1999

[Copy link]
Post time 23-9-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Zaliha (tengah) menyampaikan ucapan ketika Mesyuarat Persediaan untuk Sesi Ke-10 Persidangan Pihak (COP) kepada WHO FCTC dan Sesi Ketiga Mesyuarat Pihak-pihak kepada Protokol untuk Menghapuskan Perdagangan Illiciy dalam Produk Tembakau di Everly Hotel di Putrajaya. FOTO AIZUDDIN SAAD

Putrajaya: Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Katanya selepas wabak Nipah di Malaysia pada 1998-1999, Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) bagi perkongsian maklumat survelan virus Nipah dalam kalangan haiwan liar dan haiwan domestik.

"Sehingga kini, tiada sampel haiwan yang ditemui positif virus Nipah. Malaysia telah diisytiharkan bebas penyakit Nipah pada 2001 oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi memaklumkan situasi terkini penyakit Nipah di Malaysia memandangkan terdapat pelbagai maklumat di media massa berhubung kejadian wabak penyakit Nipah di India pada ketika ini.

Dr Zaliha berkata penyakit Nipah pertama kali dikesan dalam kalangan manusia di Malaysia antara September 1998 hingga Mei 1999 yang berlakunya wabak melibatkan 265 kes termasuk 105 kematian dan sejak itu survelan dan pemantauan dijalankan dalam kalangan manusia melalui pengesanan kes secara pasif.

Katanya survelan bagi kes keradangan pada otak (encephalitis) juga telah dijalankan iaitu sampel diambil bagi ujian patogen yang menyebabkan encephalitis termasuk virus Nipah dan virus Japanese encephalitis.

Dr Zaliha menjelaskan penyakit Nipah adalah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus Nipah yang disebarkan dari haiwan kepada manusia dan ia boleh mengakibatkan komplikasi encephalitis serta penyakit saluran pernafasan dengan kadar kematian 40 peratus ke 70 peratus dalam kalangan manusia yang dijangkiti.

Beliau berkata keluang daripada keluarga pteropodidae merupakan perumah semula jadi bagi virus Nipah dan sebaran virus itu kepada perumah intermediate iaitu khinzir adalah melalui sentuhan langsung atau melalui makanan yang tercemar dengan najis, air kencing dan air liur keluang.

"Jangkitan pada manusia pula berlaku akibat sentuhan langsung dengan khinzir yang dijangkiti atau darah, cecair atau rembesan khinzir tersebut.

"Ia juga boleh berlaku melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan dan minuman seperti nira pokok seperti pokok kurma, pokok kelapa atau pokok nipah yang tercemar dengan air liur atau cecair badan kelawar yang dijangkiti," katanya.

Dr Zaliha berkata jangkitan antara manusia ke manusia boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan rembesan seperti darah, cecair badan dan rembesan pernafasan manusia yang dijangkiti manakala tempoh inkubasi penyakit Nipah adalah antara lima ke 14 hari dan gejala termasuk demam, sakit kepala, muntah, batuk, susah bernafas, sawan, kekeliruan dan kebingungan.

Katanya penyakit Nipah yang wajib dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh menyebabkan komplikasi encephalitis, penyakit saluran pernafasan serta kematian.

Bagi mencegah jangkitan penyakit Nipah, Dr Zaliha berkata orang awam terutama pengembara yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi yang wabak Nipah sedang berlaku, dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah pencegahan.

Antaranya amalkan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, elakkan sentuhan dengan keluang atau khinzir terutama yang sakit, elakkan berada dalam kawasan yang keluang diketahui berkumpul atau tinggal.

Katanya orang awam juga perlu elak pengambilan buah-buahan dan nira contohnya pokok kurma, pokok kelapa atau pokok nipah yang disyaki tercemar dengan air liur atau cecair badan keluang, serta elakkan sentuhan langsung dengan rembesan orang yang dijangkiti penyakit Nipah.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata pengembara yang pulang ke Malaysia dari negara yang berisiko tinggi jangkitan penyakit Nipah dinasihatkan untuk melakukan pemantauan kendiri tanda dan gejala jangkitan virus Nipah selama 14 hari.

Katanya sekiranya bergejala, beliau menasihatkan individu itu supaya elakkan kontak dengan orang lain dan segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Dr Zaliha berkata KKM akan sentiasa memantau kejadian penyakit Nipah di luar negara dan akan meningkatkan kesiapsiagaan terhadap penyakit Nipah dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... it-nipah-sejak-1999
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043359 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list