View: 603|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
JPJ sangat tegas dalam penguatkuasaan undang-undang - Loke
[Copy link]
|
|
LOKE mengagihkan tali pinggang keledar kepada pengguna ketika selepas merasmikan program Kerjaya@Pengangkutan 2023 di Nilai, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil.
Nilai: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bertindak tegas terhadap kalangan pemandu lori dan treler yang melakukan kesalahan hingga sering menyebabkan kemalangan.
Beliau sebaliknya menegaskan agensi penguat kuasa itu bertindak cukup tegas bukan sahaja terhadap kenderaan berat dan lori yang membawa muatan secara berlebihan, malah kenderaan lain.
"Malah, ada pihak yang membuat aduan kita mengambil tindakan yang terlalu ketat termasuk penyitaan, pembatalan lesen, lucuthak dan sebagainya.
"Tetapi itu adalah penguatkuasaan yang perlu kita jalankan supaya ia memberi mesej kepada semua pihak terutama pengusaha supaya mematuhi peraturan jalan raya.
"Jadi, JPJ sememangnya bertindak tegas dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya sedia ada, namun perkara ini bukan mudah untuk diselesaikan.
"Kita juga tahu kebimbangan orang ramai terhadap kemalangan yang sering berlaku membabitkan kenderaan berat atau lori," katanya kepada media selepas merasmikan Program Kerjaya@Pengangkutan 2023 di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar.
Anthony berkata, apabila sesuatu kemalangan berlaku memang akan ada reaksi daripada pelbagai pihak termasuk penguat kuasa tidak tegas.
"(Dakwaan) itu tidak betul, undang-undang kita yang sedia ada cukup tegas," katanya.
Menurutnya, kementerian juga merancang untuk mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan ada keseimbangan daripada segi keperluan industri dan keselamatan jalan raya.
Menurutnya, perbincangan lanjut akan dilakukan dalam usaha mengatasi masalah berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -undang-undang-loke |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|