CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 0

[Selangor] Peniaga jujur jual karipap inti ‘oksigen’ berharga 30 sen

[Copy link]
Post time 23-9-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Seringkali kita dengar rungutan orang ramai terhadap karipap ‘oksigen’ atau karipap kurang inti yang dijual oleh peniaga yang kurang jujur.

Namun, lain pula dengan seorang peniaga di Kampung Sungai Tua Bahru, Batu Caves, Selangor, yang mencuri perhatian orang ramai apabila dengan jujurnya menjual karipap ‘oksigen’ atau tiada inti dengan harga RM0.30 sen sahaja.

Menerusi video tular di TikTok @abucarimakan, peniaga itu berkata, dia mendapat ilham apabila kulit karipap berlebihan ketika berniaga dan anaknya juga tidak gemar memakan inti.

“Lepas itu, saya cuba jual. Alhamdulillah letak je habis. Memang ada permintaan, sampai ada orang minta buat ‘frozen’,” katanya.

Kelihatan di dalam video tersebut, peniaga tersebut juga meletakkan sedikit gula untuk mengelakkan rasa tawar sebelum mengelim karipap itu.

Sehingga kini video tersebut mendapat 861,200 tontonan, 30,300 tanda suka dan 6,160 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menganggap peniaga itu unik dan jujur kerana tidak pernah ada perniagaan seperti ini wujud.

“Ini satu kebahagiaan buat orang yang makan karipap buang inti macam aku,” komen AN.

“Karipap oksigen kosong inti dengan gula sedikit untuk menggelakkan rasa tawar.
Rezeki tak salah alamat, terbaik,” komen Zaidi.

“Ini definisi tukar kelemahan jadi kelebihan. Betul-betul otak bisnes,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... en-berharga-30-sen/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.046395 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list