View: 687|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dun Terengganu cipta sejarah
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU 24 SEPTEMBER 2023. Seramai 32 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan bagi Persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) kali ke-15 di Wisma Darul Iman. STR/GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu kali ke-15 mencipta sejarah apabila buat kali pertama mempunyai Timbalan Yang Dipertua.
Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Seberang Takir yang juga Setiausaha Bersatu negeri, Khazan Che Mat dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dun yang pertama di negeri ini.
Nama Khazan dicadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terdahulu, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nor Hamzah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
Mohd Nor, 51, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong mengangkat sumpah jawatan taat setia pada Majlis Angkat Sumpah Adun di hadapan Setiausaha Dun Zulkifly Isa di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Selepas pelantikan itu, Mohd Nor memulakan persidangan Mesyuarat Pertama penggal pertama Dun ke-15 dengan majlis mengangkat sumpah Adun.
Ahmad Samsuri mendahului senarai mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun diikuti semua 32 Adun yang memenangi kerusi Dun masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gganu-cipta-sejarah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|