View: 6196|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Tetapkan harga siling bahan binaan asas
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Seremban: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) Negeri Sembilan meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan menetapkan harga siling bagi bahan binaan asas.
Timbalan Yang Dipertuanya Abd Latip Alias berkata, langkah itu perlu dilakukan berikutan harga bahan binaan dijangka terus meningkat terutama dengan suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
"Sebelum ini, harga seguni simen sekitar RM15, namun kini harga lebih RM20. Itu belum dikira kos sewa jentera binaan yang difahamkan akan turut meningkat.
"Kami dapati isu kenaikan harga ini tiada penyelesaian yang mana kenaikan itu paling ketara sejak tahun lalu. Apabila sudah naik, memang susah untuk turun balik," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Abd Latip berkata, penetapan harga siling bahan binaan juga mampu mengelakkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menaikan harga tanpa kawalan.
Beliau juga berharap kerajaan dapat menyediakan bajet tambahan untuk kontraktor kerja khususnya Kelas F dalam Belanjawan 2024.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-bahan-binaan-asas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|