View: 2916|Reply: 0
|
[Johor]
Pembakaran terbuka jejas kesihatan, penduduk Taman Putri Kulai bimbang
[Copy link]
|
|
ARTHUR Chiong Sen Sern menunjukkan lokasi pembuangan sampah dan pembakaran terbuka di Taman Putri, Kulai. FOTO Mary Victoria Dass
Kulai: Lebih 1,000 penduduk di Taman Putri Kulai terdedah dengan pencemaran udara kesan daripada pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram di Taman Putri Kulai di sini, sejak hampir setahun lalu.
Muhammad Amir Mohd Fauzi, 40, berkata ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pembakaran terbuka pada waktu petang hingga mengakibatkan pencemaran udara.
Menurutnya, perbuatan itu berulang hingga menimbulkan kebimbangan ramai berkaitan kesan terhadap kesihatan penduduk sekitar.
"Bukan saja membuang sampah di tapak pelupusan sampah haram sepanjang 1 kilometer malah mereka didapati melakukan pembakaran terbuka.
"Bayangkan sekiranya penduduk kerap menghidu udara tercemar, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan bagi jangka masa panjang.
"Penduduk bukan saja berasa pedih mata malah turut mengalami alahan termasuk pada kulit akibat pencemaran hingga terpaksa menutup pintu dan tingkap apabila terhidu asap.
"Kami berharap perkara berkenaan diberi perhatian serius dan pihak tidak bertanggungjawab itu dikenalpasti secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern berkata, lokasi itu menjadi sasaran bagi pembuangan pelbagai jenis sampah.
Menurutnya, walaupun pihak berkaitan bertindak membersihkan lokasi itu namun ia kembali tercemar.
"Masalah berkenaan berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha kilang melupuskan sampah di lokasi berkenaan.
"Saya membawa isu ini kepada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Pejabat Daerah Kulai serta beberapa agensi yang bertanggungjawab untuk mendapatkan kaedah penyelesaian secepat mungkin," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, jurucakap MPKu berkata, siasatan dan tindakan akan dilakukan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... putri-kulai-bimbang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|