CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3732|Reply: 0

'Geng' Ketua Polis KL kalahkan 'Geng' Timbalan Ketua Polis KL

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Program Menembak Sempena Hari Polis-216 di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini, hari ini.

Kuala Lumpur: Pasukan Ketua Polis Kuala Lumpur mengungguli kategori jatuhan piring pada Program Menembak Sempena Hari Polis-216 di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini, hari ini.

Pasukan berkenaan diketuai Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid yang berjaya mengatasi Pasukan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur diketuai Datuk Azry Akmar Ayob.

Bagi kategori Centre Fire Berkumpulan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi merangkul juara mengatasi IPD Putrajaya.

Kategori Centre Fire Individu pula dijuarai Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

Manakala bagi kategori media, wartawan Harian Metro Hafidzul Hilmi Mohd Noor, merangkul juara dalam Centre Fire Individu.

Program yang disertai pegawai dan anggota polis dari pelbagai daerah kontinjen Kuala Lumpur itu diadakan sempena sambutan Hari Polis Mac lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-ketua-polis-kl

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060553 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list