CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2147|Reply: 0

[Johor] Kilang proses plastik sumbat 325 pekerja di 16 unit penginapan

[Copy link]
Post time 25-9-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Asri (tiga kiri) melihat keadaan bilik tidur pekerja asing dalan Operasi Penguatkuasaan Khas Bersepadu Johor Bahru di Taman Tan Sri Yacop, hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO! Pemberita: Khairul

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang memproses plastik di Taman Tan Sri Yaakob di sini dikesan telah ‘menyumbat’ seramai 325 orang pekerja asing di lima ruangan yang dijadikan penginapan dengan purata satu penginapan menempatkan kira-kira 65 pekerja.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kementerian Sumber Manusia (KSM), Mohd. Asri Abdul Wahab berkata, pihak majikan berkenaan turut dikesan telah melanggar beberapa hak asasi melibatkan kediaman pekerja sejak 2021.

Sehubungan itu katanya, KSM akan membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti apakah kesalahan-kesalahan yang telah dibuat pihak majikan, dimana setiap unit kediaman boleh dikenakan kompaun maksimum RM50,000.

“Daripada operasi dijalankan, saiz ruangan penginapan disediakan adalah bersesuaian untuk kegunaan seramai enam orang pekerja sahaja, dengan sebuah unit bilik air. Selain itu, pekerja juga tidak disediakan lokar berkunci untuk menyimpan barangan peribadi termasuk pasport mereka.

“Setakat kita tengok tadi, ada unit penginapan dimana katil pun tidak disediakan. Bilik digunakan untuk tidur juga adalah kawasan memasak dengan barangan seperti bawang dan cili juga disimpan bersama-sama. Peti ais juga ada di dalam bilik tidur.

“Selain itu, ada juga lot penginapan yang mana kawasan mandinya tidak berdinding dan berada bersebelahan dengan dapur tempat memasak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai serbuan yang dijalankan di premis terlibat di Taman Tan Sri Yaakob, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Asri, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pihak majikan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).

Mohd. Asri turut memaklumkan KSM telah membuka sebanyak 326 kertas siasatan sepanjang tahun ini dengan 187 daripadanya telah diberikan tindakan kompaun berjumlah RM1.9 juta.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... 16-unit-penginapan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045556 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list