CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 0

[Johor] Lupus bahan buangan secara haram: 2 direman empat hari

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Pengurus dan penyelia sebuah syarikat ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pelupusan bahan buangan terjadual secara haram dekat Seelong Jaya di sini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Kulai: Pengurus dan penyelia sebuah syarikat ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pelupusan bahan buangan terjadual secara haram dekat Seelong Jaya di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas membenarkan permohonan dibuat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Reman yang dibenarkan ke atas kedua-dua suspek sehingga Jumaat ini membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas mereka mengikut Seksyen 16, Seksyen 24 dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Terdahulu, kedua-dua suspek lelaki itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan diiringi pegawai JAS Johor.

Turut hadir, Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Semalam, pengurus syarikat berusia 58 tahun dan penyelianya berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah premis pemerolehan kembali bahan buangan terjadual di Kampung Seelong Jaya di sini, jam 6 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -direman-empat-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.093190 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list