View: 2595|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Tambahan 1,100 tan metrik beras putih tempatan akan diedar di seluruh negara
[Copy link]
|
|
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin (baju hitam) meninjau jualan beras putih tempatan di Pusat Operasi Fama Senawang, di sini, pagi tadi. Foto Ahmad Hasbi
Seremban: Sebanyak 400 tan metrik beras putih tempatan (BPT) yang diperuntukkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk diedar, sudah habis terjual setakat ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, pihaknya sudah bersetuju untuk menambah 1,100 tan metrik lagi bekalan BPT kepada agensi berkenaan untuk diedarkan ke seluruh negara bulan ini.
"Fama adalah satu daripada agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang kita gerakkan untuk membekalkan beras tempatan yang mencukupi bagi kegunaan penduduk setempat.
"Keseluruhan 400 tan metrik yang kami peruntukan untuk bulan ini sudah habis kita gunakan (jual), kita tambah lagi 1,100 tan metrik dan ia sudah dipersetujui.
"Bagi pihak Fama, ia mencukupi buat masa ini," katanya kepada media.
Terdahulu, Foong Hin meninjau jualan beras di Pusat Operasi Fama Senawang, dekat Kawasan Perindustrian Senawang, di sini, pagi tadi yang turut dihadiri Ketua Pengarah Fama Abdul Rashid Bahri.
Media sebelum ini melaporkan, Fama akan meningkatkan jumlah jualan BPT sebanyak dua kali ganda daripada 244 kepada 400 hingga 450 tan metrik.
Foong Hin berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Fama, lebih-lebih lagi kaedah jualan yang dilaksanakan lebih teratur dengan tatacara yang ditetapkan.
"Untuk hari ini, saya nampak teratur bagi jualan BPT yang berlangsung di sini. Ada tatacara untuk jaga keamanan ketika membeli.
"Untuk minggu ini, keadaan semakin reda, jadi tidak timbul isu kekecohan yang berlaku di sesetengah tempat seolah BPT habis stok. Ini tanggapan yang salah.
"Kita masih ada stok BPT yang selalu kita akan pastikan logistiknya akan sampai di lokasi kita perlukan," katanya.
Tinjauan mendapati, orang ramai mulai beratur seawal jam 7.30 pagi dan sesi jualan dimulakan jam 8.30 pagi dengan setiap pembeli diberikan kupon bagi memastikan pelanggan tidak menunggu lama jika beras yang diperuntukkan sudah habis.
Warga emas dan wanita hamil diberikan laluan khas selain kaedah pembayaran dalam talian turut disediakan untuk memudahkan pembeli.
Mengulas lanjut, Foong Hin berkata, hasil tuaian padi di Kedah kini sudah mencapai 25 peratus dan kemuncaknya pada pertengahan Oktober depan yang mana ia dijangka dapat meningkatkan bekalan BPT.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-di-seluruh-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|