View: 3112|Reply: 0
|
[Melaka]
RoS kesan pertubuhan terbabit jenayah, ancam keselamatan
[Copy link]
|
|
MOHD Nawardi. FOTO Arkib NSTP
Melaka: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenal pasti beberapa pertubuhan yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah.
Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad berkata, sehubungan itu pihaknya giat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
"Di RoS memang kita ada kesan pertubuhan yang terbabit dengan jenayah contohnya gangsterism kerana antara fungsi RoS adalah kita memantau pertubuhan yang berdaftar ataupun tidak berdaftar.
"Kita selalunya dapat kerjasama dan berkongsi maklumat dengan polis selain sebahagian tindakan juga turut dibuat oleh pihak berkuasa itu," katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kegiatan yang boleh mengancam keselamatan awam itu dikesan pihaknya menerusi program pemutihan yang dijalankan sejak 2021.
"Kita berpandukan Akta Pertubuhan 1986 sekiranya ada aktiviti yang bercanggah dengan perlembagaan dan melaksanakan perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan kita akan ambil tindakan senarai hitam serta membatalkan pendaftaran mereka.
"Menerusi program itu juga lebih 3,000 pertubuhan termasuk persatuan yang berdaftar dengan RoS dibatalkan pendaftaran apabila mendapati mereka tidak lagi aktif," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-ancam-keselamatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|