CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1302|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki rentung dalam bilik rumah pekerja

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

LOKASI kejadian seorang lelaki rentung di dalam sebuah rumah di Dataran Millenia. Foto Ahmad Hasbi

Seremban: Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah pekerja di tingkat tiga rumah kedai dekat Dataran Millenia, Lobak, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, rakan serumah mangsa yang juga warga asing berjaya diselamatkan bomba.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran penempatan pekerja warga asing di lokasi. Bomba berjaya memadamkan api dan menyelamatkan seorang lelaki dipercayai warga asing berusia 45 tahun.

"Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati seorang lelaki warga asing berusia 50 tahun meninggal dunia di lokasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi kejadian untuk siasatan mengenai punca kebakaran.

"Siasatan awal mendapati si mati adalah pekerja di Pasar Besar Seremban. Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.

"Bedah siasat sudah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan punca kematian disahkan akibat tersedut asap. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bilik-rumah-pekerja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.263530 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list