View: 1238|Reply: 0
|
[Pahang]
Bawa lari isteri berpantang, rumah ‘dikunjungi’ gajah
[Copy link]
|
|
KESAN tapak kaki gajah dan pokok yang tumbang di kawasan Kampung Som, Jerantut semalam.
JERANTUT – Seorang bapa, Irwan Syah Zainuddin, 39, bersyukur apabila sempat menyelamatkan isteri yang sedang berpantang dan anak-anaknya selepas seekor gajah betina menghampiri kediamannya di Kampung Som dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Irwan Syah berkata, dia dan isterinya yang belum tidur terdengar bunyi kuat seperti sesuatu benda dipijak dan dipatahkan berdekatan rumahnya.
“Saya berasa tidak sedap hati dan mengesyaki ada sesuatu kejadian di luar lalu membuka tingkap dan terkejut apabila melihat seekor gajah menghampiri rumah bahagian hadapan yang diterangi cahaya lampu.
“Bimbang keselamatan kami terancam, saya terus membawa isteri sambil mengendong bayi dan mengejutkan anak lain untuk keluar mengikut pintu belakang,” katanya semalam.
Menurut Irwan Syah, kejadian pencerobohan gajah liar kerap berlaku sejak beberapa tahun lalu dan terbaharu Julai lalu.
Seorang pekebun, Daud Talib, 71, berkata, pencerobohan itu mengakibatkan tanaman pisang, sawit, kelapa dan pokok buah-buahan yang mula mengeluarkan hasil musnah manakala sebahagiannya dimakan oleh gajah liar.
“Apabila tiba di kebun (semalam), saya dapati kebanyakan tanaman tumbang, manakala ada yang dimakan dan selebihnya dimusnahkan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Som, Rafiz Azuan Ahmad, 49, berkata, kejadian kali kedua tahun ini berlaku apabila gajah betina dengan saiz tapak kaki berukuran kira-kira 0.46 meter terlepas keluar dari kawasan pagar elektrik lalu memasuki kebun pertanian penduduk.
“Penduduk di sini berharap pihak berwajib memantau dan menangkap haiwan liar ini bagi mengelakkan pencerobohan kawasan kampung yang dikhuatiri oleh mengancam keselamatan manusia,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... jungi-gajah-betina/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|