View: 663|Reply: 0
|
[Johor]
'Runner' didakwa rogol wanita lembam
[Copy link]
|
|
Shamsuddin mengaku tidak bersalah merogol wanita lembam di sebuah rumah sewa, Jun lalu. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks oral terhadap wanita lembam di sebuah rumah sewa dalam daerah ini, Jun lalu.
Tertuduh, Shamsuddin Ahmad, 32, yang bekerja sebagai 'runner' di sebuah firma guaman bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa berusia 30 tahun di rumah sewanya antara jam 12 tengahari hingga 1 petang, 13 Jun lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Untuk pertuduhan kedua pula, Shamsuddin didakwa meminta mangsa melakukan seks oral di tempat dan waktu yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mempelawa mangsa datang ke rumahnya untuk menyelesaikan kes kemalangan.
Bagaimanapun, tertuduh sebenarnya berniat tidak baik sebelum bertindak merogol mangsa. Pada masa sama, tertuduh juga mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh diwakili Syajana Mohd Soffian.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil faktor termasuk keadaan mangsa.
Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Selain, tertuduh juga dikenakan syarat untuk melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar serta tidak boleh mengganggu mangsa atau mendekati saksi perbicaraan kes ini.
Mahkamah menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rogol-wanita-lembam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|