View: 1192|Reply: 0
|
[Pahang]
Pendaki warga India hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands
[Copy link]
|
|
PASUKAN SAR melakukan pencarian mangsa yang hilang. FOTO Ihsan JBPM.
Cameron Highlands: Seorang pendaki warga India dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands sejak seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, mangsa, Nanda Suresh Nadkarni, 44, dipercayai keluar dari hotel di Tanah Rata untuk mendaki Gunung Jasar kira-kira jam 9 pagi, 22 September lalu.
Katanya, mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar 24 September lalu. Tetapi sehingga jam 12 tengah hari pada 24 September, mangsa didapati tidak mendaftar keluar.
Menurutnya kehilangan mangsa kemudiannya dilaporkan kepada polis oleh pengurus hotel berkenaan Isnin lalu,.
Azri berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR ) digerakkan selepas kehilangan mangsa dilaporkan pada 25 September lalu.
Menurutnya , hasil siasatan awal berdasarkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar.
"Ekoran maklumat diterima, polis menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dimulakan disertai pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menularkan sebarang maklumat tidak benar.
"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh hubungi Bilik Gerakan (DCC) di talian 05-4915999, "katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands pada 25 September lalu sebelum operasi SAR digerakkan.
"Operasi SAR memasuki hari keempat dengan kekuatan kira-kira 100 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk JBPM, polis, APM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Pencarian turut dibantu tiga anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) polis dan bomba," katanya.
Operasi pencarian turut menggunakan khidmat anjing pengesan bomba.
Zulfadli berkata, tindakan SAR digerakkan berdasarkan maklumat yang diterima daripada syarikat telekomunikasi yang berjaya mengesan lokasi terakhir mangsa melalui pencawang Habu Height pada 22 September lalu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan petunjuk terbaru daripada pihak polis, ada saksi mendakwa terserempak dengan mangsa yang bertanyakan arah jalan ke puncak Jasar dan Bharat Teh.
Menurutnya, pencarian diteruskan di kawasan yang dipercayai berada dalam radius lokasi mangsa dikesan sebelum itu bermula dari Sungai Ubi menghala ke Bharat Teh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-cameron-highlands |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|