CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 0

[Johor] Anak tak nak jaga bapa, ditinggalkan bergelandangan

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG warga emas ditemukan gelandangan di sebuah surau di Flat Larkin.

Johor Bahru: Impian seorang bapa untuk menjalani kehidupan bersama keluarga tidak kesampaian apabila dia ditemukan gelandangan di surau sebuah flat di Larkin di sini, seminggu selepas dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya.

Berkongsi kisah warga emas itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Norijah Bidin berkata, lelaki terbabit dibawa pulang daripada pusat jagaan berkenaan selepas keluarganya tidak mampu membayar yuran bulanan.

Kata Norijah, Din (bukan nama sebenar), 67, sudah tinggal di pusat jagaan itu selama dua tahun dan yuran bulanannya dibayar menggunakan wang hasil jualan rumah lelaki berkenaan,

Menurutnya, bagaimanapun, selepas sumber kewangan itu digunakan sepenuhnya, keluarga berkenaan pada awalnya meminta pihaknya memberi perlindungan kepada Din sementara mereka memohon bantuan daripada agensi berkaitan bagi menampung bayaran yuran.

Katanya, agensi berkaitan bagaimanapun tidak menyalurkan bantuan berikutan warga emas itu masih memiliki dua anak, iaitu seorang anak kandung dan seorang anak tiri.

"Seorang daripada anaknya tampil ke pusat jagaan bagi membawa Din pulang pada pertengahan bulan ini. Namun, dia difahamkan menghantar Din ke rumah adik-beradik lelaki itu di Kuala Lumpur.

"Anak kandung, anak tiri mahupun adik-beradik Din bersikap lepas tangan dan akhirnya, orang awam yang bersimpati dengan nasibnya menghantar Din pulang ke Johor Bahru dengan menaiki bas.

"Bayangkan keadaan Din yang berkerusi roda memandangkan dia menghidap diabetes, pulang berseorangan dengan menaiki bas tanpa ditemani ahli keluarga," katanya.

Norijah berkata, lebih mengecewakan, Din juga ditemukan bergelandangan tinggal di surau di flat di Larkin sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, sejak Ahad lalu, Din kembali menghuni pusat jagaan berkenaan berkenaan selepas pihaknya menawarkan perlindungan kepada lelaki itu.

"Kedua-dua anak Din sihat serta sepatutnya tiada masalah menjaga kebajikan bapa mereka.

"Atas dasar perikemanusiaan, kami menerima kembali Din dan berharap emosinya juga pulih selepas kejadian terbabit.

"Din yang berstatus duda seorang yang tegas dan gemar menasihati individu lain, mungkin ia kurang disenangi anaknya.

"Namun, pengabaian tidak sepatutnya berlaku," katanya dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, difahamkan, keluarga Din memberi alasan tidak dapat memberi penjagaan kepadanya kerana masalah kewangan.

Jurucakap JKM pula menyatakan, warga emas itu sudah diselamatkan selepas ditemukan gelandangan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lkan-bergelandangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.112620 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list