View: 3797|Reply: 0
|
[Johor]
Tokan kebun sawit tumpas, polis sita hasil rampasan RM16,000
[Copy link]
|
|
Ahmad Zamry Marinsah menunjukkan kejayaan pihak polis hasil operasi khas di ladang kelapa sawit di Jalan Minning, Chaah, Segamat.
SEGAMAT – Polis berjaya menumpaskan ‘port’ pengedaran dadah hasil operasi khas di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Minning, Chaah di di sini, 16 September lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 40-an pada pukul 6.30 petang di sekitar kebun sawit berkenaan.
“Suspek yang memandu sebuah kereta Toyota Corolla ditahan dan pemeriksaan di dalam beg silang hitam dipakainya dipercayai menyimpan pelbagai jenis dadah.
“Pemeriksaan lanjut dalam beg silang tersebut menemui tiga paket lut sinar disyaki heroin (312.80 gram), satu plastik lut sinar disyaki methamphetamine (1.50 gram) dan satu plastik lut sinar disyaki kanabis (3.20 gram) dianggarkan bernilai RM9,710,” katanya dalam sidang akhbad di sini hari ini.
Tambah Ahmad Zamry, hasil soal siasat terhadap suspek, dia menjadi tokan kecil-kecilan di sekitar kebun sawit dengan menyamar sebagai pekebun sawit bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain mudah melarikan diri jika dikesan.
“Siasatan mendapati suspek telah terbabit dalam aktiviti pengedaran sejak beberapa bulan lalu memilih lokasi di sekitar kebun sawit di Chaah.
Ujarnya, ujiano saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine selain mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.
Hasil tangkapan, polis turut menyita kereta Toyota Corolla dianggarkan bernilai RM5,000, wang tunai RM1,290, dadah bernilai RM9,710 dengan nilai keseluruhan RM16,000.
Suspek warganegara tempatan direman 14 hari bermula 17 September sehingga 30 September.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... l-rampasan-rm16000/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|