CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3403|Reply: 0

[Melaka] 9 lelaki tak mengaku merusuh

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Sembilan lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan melakukan rusuhan dengan menggunakan senjata termasuk parang hingga mendatangkan kecederaan di sebuah taman perumahan di Jasin, tiga minggu lalu.

Tertuduh, P Kogilanathan, 24, A Loges, 30, V Megan, 26, R Thiven, 26, D Mahendran, 43, P Thanabalan,33, N Murthy,37, D Thivendran,33, dan M Kugan,28, bagaimanapun tidak mengaku bersalah sejurus dibacakan pertuduhan dan minta dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didapati didapati merusuh dengan menggunakan senjata parang, besi dan kayu hingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di persimpangan Taman Ayer Merbau, dalam daerah Jasin, di sini, pada 11 September lalu, jam 12.33 tengah malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), jika disabitkan boleh dipenjara boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pada prosiding didengar Hakim Elesabet Paya Wan itu, Kogilanathan turut berdepan dua pertuduhan lain iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mahendran serta Murthy dengan menggunakan sebilah parang iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian di tempat, masa dan tarikh sama.

Jika disabitkan kesalahan itu, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 KK.

Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob yang menjalankan pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing bagi setiap tertuduh untuk kes pertama.

Jaminan bagi dua lagi kes berasingan dihadapi Kogilanathan, pula dicadangkan RM25,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Jason Anthony Ignasius yang mewakili Kogilanathan merayu jaminan rendah atas alasan tertuduh hanya pemandu lori dan perlu membantu ibu bapanya menanggung dua adiknya yang masih belajar.

Jaminan rendah turut dipohon peguam V Segaran bagi anak guamnya, Loges, Megan,Thiven dan Kugan serta dan S Amritpal Singh yang mewakiliMahendran, Thanabalan, Murthy dan Thivendran.

Selepas meneliti hujah pendakwaan dan pembelaan, Hakim Elesabet menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh untuk pertuduhan Seksyen 148 KK.

Sementara itu bagi dua pertuduhan Seksyen 326 KK, Kogilanathan dikenakan jaminan RM12,000.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 7 November depan untuk serahan dokumen.



GAMBAR hiasan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tak-mengaku-merusuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.166661 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list