CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4831|Reply: 0

[Johor] Kerja pembaikan Lebuhraya Pasir Gudang siap sepenuhnya Oktober ini

[Copy link]
Post time 30-9-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau kerja pembaikan Lebuhraya Pasir Gudang hari ini. FOTO Ihsan Mb

Pasir Gudang: Kerja pembaikan dan penurapan di Lebuhraya Pasir Gudang yang mengundang kesesakan jalan raya di sini, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan depan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia membabitkan 23 kerja pembaikan jalan di sepanjang lebuh raya terbabit yang kini sudah berada di fasa akhir.

"Saya turut ambil maklum berkenaan aduan rakyat berkaitan kesesakan teruk yang berlaku akibat daripada kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan ini.

"Saya memohon agar semua pengguna untuk menggunakan laluan alternatif sehingga pertengahan Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook (FB) selepas meninjau kerja-kerja pembaikan dan penurapan di Lebuhraya Pasir Gudang di sini, hari ini.

Menurutnya, untuk jangka masa pendek, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat garisan jalan sementara bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku.

Katanya, antara laluan alternatif yang dicadangkan ialah keluar menerusi Jalan Pandan (FT03) dan susur Jalan Rinting dan melalui Jalan Masai Lama (J10) bagi laluan dari Johor Bahru ke Pasir Gudang dan dari Pasir Gudang ke Johor Bahru.

"Pengguna dari Senai ke Ulu Tiram boleh melalui susur Bandar Dat'o Onn, keluar Adda Height dan melalui Taman Daya dan Mount Austin, keluar susur Aeon Tebrau.

"Bagi laluan dari Skudai ke Ulu Tiram, pengguna boleh keluar susur Angsana Mall melalui Jalan Tampoi dan keluar Kampung Ubi Baru.

"Saya juga meminta pihak JKR dan konsesi meneliti isu ini dan mendapatkan penyelesaian terbaik demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

"Saya meminta agar pengguna untuk bersabar sedikit dalam menghadapi isu kesesakan ini demi keselesaan dan keselamatan kita semua di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata, inisiatif dalam menambah baik infrastruktur yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada kualiti kehidupan seharian rakyat negeri ini.

Proses membaik pulih lebuh raya Pasir Gudang dari Taman Perling hingga Bandar Seri Alam di sini, menyebabkan kesesakan luar biasa yang berlarutan sejak sebulan lalu.

Ia berikutan pengguna terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam di lebuh raya itu disebabkan hanya satu lorong dibuka berbanding tiga lorong sedia ada sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enuhnya-oktober-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067056 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list