View: 4857|Reply: 0
|
Rins tarik diri saat akhir berlumba di litar Suzuka
[Copy link]
|
|
PELUMBA Sepanyol, Alex Rins juarai MotoGP Australia, tahun lalu. Foto Reuters
Tokyo, Jepun: Penunggang Sepanyol, Alex Rins mengumumkan penarikan diri daripada perlumbaan MotoGP Jepun di Litar Suzuka, esok.
Keputusan pelumba LCR Honda Castrol itu susulan kesakitan yang masih dirasainya di kaki kanan ekoran kemalangan ketika beraksi di MotoGP Itali Jun lalu.
Rins kembali semula menjalani latihan di litar selepas berehat beberapa bulan bagi memulihkan kecederaannya itu, namun dia terpaksa menarik diri pada saat akhir.
"Rins mengumumkan terpaksa menarik diri dalam perlumbaan di Jepun kerana sakit yang dirasai di kaki kanan semasa ujian masa di litar.
"Kami berbangga dengan usahanya, terima kasih kerana mencuba," umum pasukannya sekali gus kelibat Rins tidak dapat dilihat dalam perlumbaan itu.
Dengan keputusan itu, Rins dijangka kembali sepenuhnya pada 15 Oktober ini dalam perlumbaan di MotoGP Indonesia nanti.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mba-di-litar-suzuka |
|
|
|
|
|
|
| |
|