Kuala Lumpur: Beberapa negara selatan Asean dijangka menghadapi jerebu berikutan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera, Indonesia.
Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberikan kesan kepada beberapa negeri di timur Malaysia.
Gambar hiasan
Katanya, ia juga dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula semalam.
"Output Model HYSPLIT menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 8 pagi, 30 September (semalam) sehingga 8 pagi, 3 Oktober (Selasa ini).
"Trajektori asap jerebu dari Kalimantan dijangka memberikan kesan jerebu kepada Kuching, Serian dan Samarahan, Sarawak pada pertengahan tempoh ramalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 semalam yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Namun di Kalimantan menunjukkan 353 titik panas manakala di Sumatera terdapat 113 titik panas dikesan," katanya.
Sementara itu menurut ASMC, kepulan asap sederhana hingga tebal diperhatikan berpunca dari titik panas yang dikesan di bahagian selatan Sumatera dan ia diperhatikan bergerak ke arah barat laut.
"Berdasarkan imej satelit terkini (semalam), titik panas bertaburan dikesan di bahagian selatan Kalimantan dan Sumatera manakala beberapa titik panas dikesan di Sulawesi, Jawa dan Kepulauan Sunda Kecil.
"Di Kalimantan, jerebu asap sederhana hingga tebal diperhatikan meliputi Kalimantan Selatan dan sebahagian besar Kalimantan Tengah. Jerebu juga diperhatikan bergerak ke timur laut dan ke Kalimantan Timur," katanya.
ASMC berkata, stesen kualiti udara di bahagian selatan dan tengah Sumatera serta di Kalimantan Tengah melaporkan tahap tidak sihat.
Post time 1-10-2023 08:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg seberang ni mmg la tak cerdik n pentingkan diri sendiri...masalahnya ada plak rakyat sini pun tumpang bijak mcm geng friska....kang kena saman kang kata tak berhati perut plak....
Semalam aku tengok satu video menunjukkan kehidupan golongan susah yang hidup di tepi parit di Tanah Abang,Jakarta. Parit tu penuh dengan sampah. Lepas dicuci pun kotor balik sebab penduduk memang buang sampah dalam tu. Dalam channel sama juga ada tunjuk kawasan lain di mana penduduk hidup dalam sampah..
Post time 2-10-2023 07:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 2-10-2023 02:56 AM
2020 - awal 2022 time covid teruk elok je xde jerebu
Part ni elok sbb puak2 ni xleh keluar sgt nk ...
Btl tu,aman btl ms COVID..sblm tu setiap tahun teruk btl jerebu..nak2 kita yg duk kat Johor ni..sampai kabur pemandangan nk bwk kete siang2,bau terbakar tu kuat benau, anak2 mmg ke emergency sentiasa la..nk kn msk wad pun penuh...patut krjn Malaysia saman je Indon mcm Singapore bt...ni bg muka sgt..tah pe2 je...
Post time 2-10-2023 08:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Di berita tv Indonesia kata Malaysia menghantar banjir yang besar ke kalimantan dan berita dari malaysia jerebu di malaysia disebabkan oleh pembakaran di Indonesia .